Kanser Usus- Tanda-Tanda & Gejala.

JANGAN ambil mudah jika pernah berdepan situasi ini  darah keluar dari dubur ketika buang air besar.

Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar.
Lebih membimbangkan jika petanda itu turut disertai perubahan tabiat ke tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan berasa tidak selesa.
Seperti yang pernah dipaparkan dalam rancangan Medik TV episod 14, tiada jalan pintas untuk bebas daripada belenggu petanda seperti itu, melainkan membuat pemeriksaan doktor dan menjalani pembedahan.
Jika terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau berdepan risiko sukar disembuhkan.
Pakar Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid colon.
Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes membabitkan bahagian berkenaan.
“Selebihnya boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembedahan, terutama membabitkan kanser usus besar.
Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.
Katanya, penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah menghidap kanser.
“Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berisiko perlu membuat kolonoskopi screening (pemeriksaan bahagian dalaman seluruh kolon dan rektum menggunakan alat bercahaya fibre optik mudah lentur yang dimasukkan melalui dubur) sebulan sekali.
“Pemeriksaan itu dapat mengesan ketumbuhan pada usus besar dan berkeupayaan membuang polip,” katanya.
Ballan berkata, golongan berisiko menghidap penyakit itu digalakkan tidak memakan makanan berkarbohidrat tinggi, sebaliknya memperbanyakkan makanan serat.
Dalam episod 14 tersebut, seorang pesakit kanser usus besar berusia awal 50-an bertindak bijak apabila melakukan pemeriksaan selepas menyedari ada yang tidak kena pada dirinya.
Pesakit yang enggan dikenali itu berdepan petanda kanser usus besar dan pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidapnya, tetapi masih di peringkat awal.
Ballan berkata, jika kanser berjaya dikesan di peringkat awal, bentuk rawatan paling sesuai adalah pembedahan.
Katanya, selain kolonoskopi, pesakit perlu melalui pemeriksaanechocardiogram sebelum menjalani pembedahan.
“Tujuan pemeriksaan ini untuk mengesan keadaan jantung pesakit.
“Kebiasaannya, ujian ini disarankan oleh pakar sebelum atau selepas pembedahan dan hasil ujian dihantar kepada doktor terbabit (dengan pembedahan),” katanya.
Selepas pesakit menjalani dua pemeriksaan itu, pakar bius akan memainkan fungsi dalam membantu mengurangkan kesakitan pesakit selepas sedar daripada pembedahan.
Sebelum pembedahan dimulakan, insisi dibuat pada perut pesakit selepas kedudukan kanser di usus dikesan bagi memudahkan doktor mengeluarkan usus berkenaan.
Jika ketumbuhan pada kiri atau kanan usus, insisi melintang dilakukan tetapi jika ketumbuhan pada usus sebelah atas, insisi dilakukan dalam keadaan menegak.
Buang
Ballan berkata, pesakit dirawatnya dikesan ada ketumbuhan pada usus besar sebelah kiri dengan kedudukannya di bahagian hujung.
Katanya, sebahagian usus besar pada bahagian ini dibuang dan disambungkan semula.
“Usus besar dikeluarkan daripada perut supaya mudah diasingkan, manakala salur darah pada usus diikat dan diasingkan dengan teliti bagi mengelak kehilangan banyak darah.
“Lemak yang melekat pada usus besar perlu diasingkan, tetapi tidak perlu dibuang kerana ia berfungsi sebagai penebat usus,” katanya.
Untuk peringkat seterusnya, ketumbuhan dari usus akan dikeluarkan dan sel kanser yang terlekat di bahagian hujung akan dibersihkan.
Sejenis alat dikenali alat ditomi digunakan dan ia berfungsi sebagai alat pemotongan menggunakan arus elektrik yang mampu mengurangkan kerosakan pada salur darah serta masalah pendarahan.
Selepas itu, bahagian usus besar yang hendak disambung semula dibersihkan dan proses penyambungan dilakukan menggunakan sejenis alatan canggih, “stapler usus”.
Ballan berkata, penggunaan stapler ini menggantikan kaedah jahitan dan ia lebih efisien, mudah dan cepat.
“Alat ini juga mampu mengurangkan risiko kebocoran pada usus selepas penyambungan,” katanya.
Justeru, mana-mana pesakit kanser usus besar yang takut menjalani pembedahan kerana beranggapan rutin harian mereka dibelenggu dengan kolostomi, iaitu beg yang dilekat pada bahagian luar badan, tidak perlu bimbang lagi.
Ini kerana, dengan penggunaan stapler ini, kolostomi tidak perlu digunakan lagi, malah penggunaannya hanya tiga peratus dan bersifat sementara.
Apabila selesai proses penyambungan itu, insisi di bahagian perut pesakit terbabit dijahit semula, manakala spesimen yang dikeluarkan akan dibawa ke makmal untuk ujian biopsy.

46 comments:

  1. Salam.

    Terima kasih untuk info ini.
    Amat membantu saya.
    Sekali Lagi terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya berak berdarah and berusia 22tahun. kata kawan saya itu berpunca daripada tidak memakan sayur. benarka?

    ReplyDelete
  3. Mungkin tuan mengalami gejala sembelit, dan darah tersebut berpunca dari bahagian usus yang terluka. Namun untuk mengenalpasti punca sebenar, lebih baik tuan berjumpa dengan doktor dan menjalani pemeriksaan fizikal.

    ReplyDelete
  4. kakak saya baru dapat keputusan Biopsis ptg tadi... ketumbuhan pada ususnya adalah kanser... skrg badannya kurus tinggal tulang dan kulit.. apa yg perlu dilakukan? Sebelum timbul masalah ini... dia telah menjalani operation sbb fibroid...rahim telah dibuang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami menjual produk oksiden konsentrator yg dpt membantu merawat Dan mencegah penyakit kanser. Keterangan lanjut boleh whatsapp/ SMS 0182131707/0182873173

      Delete
  5. terima kasih ianya amat membantu

    ReplyDelete
  6. salam,
    saya seorang gadis berusia 18 tahun..
    saya sering mengalami sakit perut memulas sejak saya berusia 16 tahun lagi.. tapi menganggap ia sakit perut biasa kerana selepas 1 hari sakit perut saya akan hilang.. tetapi sekarang sakit tu datang semula tetapi keadaan ini melarat lebih dari 1 hari.. setiap kali saya makan, saya pasti akan merasa sakit perut yang amat sangat.. apabila saya membuang air besar.. najis saya berwarna gelap dan kadang-kadang berdarah.. selepas membuang air besar badan saya akan berpeluh-peluh.. saya juga semakin kerap membuang air besar, kadang-kadang saya sembelit dan kadang-kadang saya alami cirit-birit.. perkara ini amat menganggu rutin harian saya.. saya berharap anda boleh membantu saya..

    ReplyDelete
  7. Salam saya berusia 26tahun..saya sering sembelit sejak dari dulu lagi akibat tidak mengambil makanan berserat seperti sayur dan buah..hinggalah satu hari ketika membuang air besar kerap kali darah turun dengan banyak sekali merah..selepas itu saya perasan saya telah menhidapi masalah buasir..seperti ada dua benjolan diluar...mungkin buasir luar dan dalaman..sudah sekian lama tidak membuang najis berdarah..saya perasan lama kelamaan saya semakin sembelit dan tidak boleh membuang air besar secara normal..saya msti makan sesuatu ubat bagi membolehkan saya membuang air besar contoh nya seperti teh hijau herba atau ubat dari farmasi..gejala buang air besar berdarah juga kembali..adakah saya menghidap kanser kolon?

    ReplyDelete
  8. saya berumur 19...dan baru baru ini berat badan saya turun dan saya sering sendawa...apabila saya berak saya tidak mendapati sebarang darah dan hanya ada kotoran hitam sikit...adakah saya berkemungkinan menghidap kanser kolon???mohon respon

    ReplyDelete
  9. Saya berumur 33 tahun.kadang tu bila buang air besar berak cair bercampur dengan titis darah merah segar.mohon penjelasan

    ReplyDelete
  10. Anak saya berumur 11 tahun dan baru melakukan kolonoskopi. Ada ketumbuhan dikesan di dinding usus besarnya. Simptom awal ialah berdarah selepas buang air besar.Spesimen telah diambil untuk didiagnosis. Dia nampak sihat dan aktif. Apakah kanak-kanak sepertinya berisiko dijangkiti kanser usus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tnya anak puan sekarang macmne?apakah ketumbuhan dalm usus tu?sebab anak sya ada ketumbuhan polip dalam usus dan telah dibuang..adakah ia akan tumbuh kembali?ia merisaukan saya

      Delete
  11. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

    sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  12. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....anda alami penyakit kanser...insyaallah tonik ajaib dapat membantu anda...untuk keterangan lanjut boleh whatsapp 0176607841

    ReplyDelete
  14. slm. sy berak brdarah dan doktor tafsir bahawa sy ad buasir. Setelah mkn ubat buasir dua hari slpastu itu sy tidak lgi berak berdarah. Ttapi smnjak itu pola berak sy brubah. Sy tidak trase nk berak. Hmpir smnggu lps tu, sy mkn ubat sembelit. hanya dgn cara brgantung dgn ubat sembelit shj. Walaupun sy guna ubat air, najis tetap tidak mahu keluar sehingga sy trpaksa meneran kuat. Sy khuatir kerana ini dah tiga kali sy bergantung kpd ubat sembelit untuk berak. Sy cuba untuk tdak mngambil ubat, ttapi smnggu lps tu tak berak jugak. Walaupun sy mkn buah, sayur, mnum teh herba dan air kosong yg bnyk. Corak najis sy juga brubah. Kdg2 cair (jika mkn ubat sembelit). Kadang kadang berketul dan baru baru ini najis sy kluar halus halus itupun sy kena teran. Najis sy tdak besar tp sy trpaksa teran kalau nk berak. Adakah ini cuma sembelit? Atau sy berisiko mnghadapi penyakit kanser usus? Ini amat mnganggu fikiran sy.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum....baru kematian sahabat akibat kanser usus. Baru dapat kesan...dlm tempoh sbln, slps operation meninggal dunia.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum....baru kematian sahabat akibat kanser usus. Baru dapat kesan...dlm tempoh sbln, slps operation meninggal dunia.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum....baru kematian sahabat akibat kanser usus. Baru dapat kesan...dlm tempoh sbln, slps operation meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tagap berapa bro.saye pun baru kematian pakcik d sebabkan kanser usus.

      Delete
  18. Saya umur 18,masa saya berak keluar darah merah dh dua kali saya perasan,saya jarang berak, saya kena penyakit ke? Mcm mna nk ubat kan? Saya takut jumpa doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada siapa sebenarnya boleh menjawab pertanyaan anda.Tiada jalan lain.. anda perlu berjumpa dr untuk melakukan pemerikasaan seterusnya. usah biarkan ianya berlarutan ok.

      Delete
  19. perkongsian yg membantu
    anda menghadapi masalah kesihatan boleh hubungi sy
    012 7646324
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. najis saya berwarna hitam terang sangat dalam lima hari ni, apakah yang agaknya berlaku? saya mmg langsung tak suka ke hospital....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lg tak mcm tuu?saya pun pernah mcm tuu

      Delete
  21. Anda mungkin mengalami masalah usus..kerana anda tidak suka ke hospital....
    saya nak kenalkan anda dgn product yg sangat berkesan utk memulihkan usus dan sebarang bentuk kanser...sangat berkesan
    dan terbukti....dijamin..halal dan ada kkm..
    wsap/tel..0127055379..zack

    ReplyDelete
  22. Anda mungkin mengalami masalah usus..kerana anda tidak suka ke hospital....
    saya nak kenalkan anda dgn product yg sangat berkesan utk memulihkan usus dan sebarang bentuk kanser...sangat berkesan
    dan terbukti....dijamin..halal dan ada kkm..
    wsap/tel..0127055379..zack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk pe tu.kalau masalah usus besar macam mana?

      Delete
  23. Saya jarang buang air besar setiap kali buang air besar saya terpaksa meneran..tp kadang-kadang saya rasa tak puas walaupon sudah buang air besar.saya sering kali sakit perut tanpa sebab dan merasa sakit di bahagian kiri perut..

    ReplyDelete
  24. Saya berisiko untuk mhadapi penyakit usus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pnyakit tuan lbh kurang sma dgn sya..sya bru sja mngalami berak tidak puas..hmpir smnggu..kjadian itu buat sya rungsing dan moody..berat bdan trun 7kg dlm msa 1 bln..

      Delete
    2. Pnyakit tuan lbh kurang sma dgn sya..sya bru sja mngalami berak tidak puas..hmpir smnggu..kjadian itu buat sya rungsing dan moody..berat bdan trun 7kg dlm msa 1 bln..

      Delete
    3. Sya pun sma.. Dh msuk 3 mgu perut rsa x slsa.. Bila mbuang pun rasa x slsa... Perit rsa memulas... Risau sngt smpi

      Delete
    4. Sya pun sma.. Dh msuk 3 mgu perut rsa x slsa.. Bila mbuang pun rasa x slsa... Perit rsa memulas... Risau sngt smpi

      Delete
    5. Sama la...mcm ada angin dalam perut....hurmmm

      Delete
    6. Sama la...mcm ada angin dalam perut....hurmmm

      Delete
  25. Dah 6 kali sya buang air besar berdarah..Seringkali sya sakit perut..kebanyakannya darah bukan najis.

    ReplyDelete
  26. Saya mmg ada tabiat buruk dari kecil lagi iaitu saya jarang buang air besar apabila saya dipaksa oleh ibu saya baru saya buang air besar sehingga sekarang .kadang kadang sebulan sekali sahaja saya buang air besar .saya mengaalami sembelit baru2 ini saya takut adakah saya boleh kena kanser usus .umur saya 13 tahun

    ReplyDelete
  27. Aslmulaikun cik saya zul...sya ni sorng anggota ...perubahan buang air besar ni tjadi slpas sye kluar pusat latihan ...nk buang air besar susah...kekerapan pergi tandas smakin kerap...tetapi najis x kluar...cuma darah n lender...kira 8 bln sudah tjadi mslah ini.ada kan ini cencel usus

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum bro......macam mana keadaan skrg ni. dh baek ke?
      perut kembung x ?

      Delete
  28. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    ReplyDelete
  29. Salam sy hafizan dari johor.. Sy selalu sakit perut bahagian sebelah kiri atas. Buang air besar sikit je.. Makan banyak.. Kadan sembelit. Kadan ok.. Lama dah dalam 7bulan dah mcm nie.. Pernah juga berak berdarah..

    ReplyDelete