Kanser Prostat - Punca & Tanda-Tanda



Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.
Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.
Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak  di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi  bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh.
Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaimana juga manusia.Atas alasan inilah,pembesaran kelenjar prostat  kadang-kadang boleh menjadi sangat merbahaya.Contoh pembesaran yang tidak merbahaya seperti Benign Prostatic Hyperplasia (BPH),ianya bukanlah tergolong sebagai kanser dan biasanya tidak membahayakan jiwa.Ianya boleh dibuang dan biasanya tidak akan tumbuh kembali.Walaubagaimanapun,bagi kanser prostat,sel-sel kanser tersebut boleh menjadi ancaman.Aapabila dibuang,ianya boleh tumbuh kembali dan akan membentuk pula kanser yang lain. Sel-sel pada kanser prostat boleh merebak ke bahagian lain dari tubuh dan menyebabkan kanser. Sebagai contoh, kanser sel-sel di dalam kelenjar prostat boleh bocor keluar dan menyebabkan kanser dalam usus besar.
Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat
Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser prostat biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.
Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser prostat:
  • Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45.

  • Sejarah keluarga: Risiko anda  lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
  • Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit  putih atau Hispanik / Latino.
  • Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
  • Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser prostat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat  tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser prostat tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.
Para penyelidik juga mempelajari bagaimana kanser prostat boleh dicegah. Misalnya, mereka sedang mengkaji kemungkinan manfaat ubat-ubatan tertentu, vitamin E, selenium, teh hijau ekstrak, dan zat yang lain.Kajian ini dilakukan bersama individu lelaki yang belum mempunyai penyakit ini.
Tanda dan Gejala Kanser Prostat
Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser prostat diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:
1. Masalah kencing
  • Tidak boleh buang air kecil
  • Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
  • Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
  • Aliran air kencing menjadi lemah
  • Rasa sakit ketika kencing
2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi
3. Darah dalam urin atau air mani
4. Sering sakit di bawah punggung,pinggang, atau bahagian atas paha
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.
Perubatan Kanser Prostat
Perubatan kanser prostat bergantung pada usia, tahap kanser , gejala, dan kesihatan umum. Pilihan rawatan boleh meliputi surveilans aktif , pembedahan, terapi radiasi, terapi hormon, dan kemoterapi. Kemungkinan juga kombinasi rawatan di atas akan dilakukan.
Adalah penting bahawa anda bekerjasama dengan doktor anda dalam memastikan rawatan yang diambil benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan perubatan dan peribadi anda.

No comments:

Post a Comment