Kanser Paru-Paru


KANSER paru-paru merupakan pembunuh utama di dunia yang menyebabkan lebih banyak kematian jika dibandingkan dengan gabungan jumlah kematian disebabkan kanser payu dara dan kanser prostat.
Menurut Laporan Pendaftar Kanser Negara 2006, kanser paru-paru adalah kanser kedua paling kerap berlaku di kalangan lelaki di Malaysia.
Sungguhpun merokok adalah faktor risiko utama bagi kanser paru-paru, namun ia bukanlah satu-satunya punca penyakit tersebut.
Penyedutan asap rokok secara pasif kini diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru. Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10 peratus hingga 15 peratus pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok.
Peratusan orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi di kalangan pesakit kanser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi di kalangan wanita Asia. Di Malaysia, kira-kita 60 peratus wanita yang menghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok.
Menurut pakar onkologi, Dr. Albert Lim, kanser paru-paru sukar didiagnosis kerana sesetengah daripada gejalanya adalah sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, kehilangan berat badan, kehilangan selera makan atau sesak nafas.
"Pesakit yang mengalami gejala atau simptom seperti berikut hendaklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.
"Diagnosis dan rawatan awal boleh membawa perbezaan besar dalam cara pesakit kanser dan keluarga mereka mengurus dalam mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kaedah rawatan yang baru," katanya.
Tambahnya, seramai 1.2 juta pesakit baru kanser paru-paru setiap tahun dan 4,000 daripadanya adalah dari Malaysia. Kebanyakannya hanya dapat dikesan apabila berada di peringkat akhir dan sukar untuk diselamatkan.
"Kaedah rawatan yang ada untuk pesakit kanser paru-paru ialah pembedahan, kemoterapi dan terapi sasaran, namun kaedah ini digunakan bergantung kepada keadaan atau tahap keseriusan seseorang pesakit dan jenis kanser paru-paru yang dihidapi," ujarnya.
Kini, pesakit kanser paru-paru dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan ubat kanser paru-paru keluaran AstraZeneca, IRESSA (gefitinib) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia sebagai rawatan baris pertama bagi pesakit dewasa yang disahkan menghidap kanser paru-paru peringkat lanjutan atau kanser paru-paru bukan sel kecil metastasis (NSCLC) yang mengalami mutasi aktif (EGFR TK)
Gefitinib bertindak dengan menyekat satu daripada laluan isyarat yang dipercayai penting untuk sel kanser membesar dan menjadi (mutasi) tumor. Laluan isyarat tersebut membabitkan bahan kimia yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang melekat pada penerima di permukaan banyak sel dalam badan manusia.
"Kanser paru-paru menjejaskan kualiti hidup seseorang tetapi dengan gefitinib, ia mampu mengesan sel kanser secara khusus tanpa menjejaskan sel normal jika dibandingkan dengan kemoterapi yang menjejaskan fungsi organ lain.
"Kesan sampingannya jauh berkurangan berbanding rawatan kimoterapi biasa yang tidak mampu membezakan antara sel kanser dan sel normal," jelasnya.
Dengan gefitinib, pesakit kanser paru-paru boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan bebas melakukan aktiviti tertentu yang tidak dapat dilakukan apabila mereka menjalani rawatan kemoterapi.
Dalam kes tumor biasa, enzim tirosina kinase (TK) diaktifkan secara berlebihan oleh EGFR. Gefitinib dicipta untuk menyasarkan sel kanser dan menyekat pengaktifan TK, 'mematikan' isyarat pertumbuhan dalam sel secara berkesan. Dengan itu sel normal tidak terjejas.
"Ujian klinikal menunjukkan gefitinib jauh lebih berkesan berbanding kemoterapi berganda kerana ia mampu menstabilkan kanser. Ini bermakna tiada pertambahan sel kanser, tumor mengecut dan rawatan diterima dengan lebih baik.
"Kelangsungan hidup tanpa penularan kanser adalah lebih lama bagi pesakit yang dirawat dengan gefitinib berbanding pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi berganda," jelasnya.
Kini, pesakit kanser paru-paru mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan pertama yang boleh memberikan kelegaan bukan sahaja daripada kesan penularan kanser dan toksik kemoterapi, tetapi berupaya menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan hanya mengambil 250 miligram sekali sehari tanpa rawatan menyakitkan.
Anda juga disyorkan menggunakan rawatan alternatif.

Kanser Payudara – Fakta & Statistik


Pandangan menyeluruh

Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang. 

Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat. 
Pada 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada  95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun.

Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif  seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat. 

Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat.  Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)

Dipersembahkan dalam bentuk lain:
  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)
Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).
 
Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
     
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
    Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.

Anggaran oleh  Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang. 

Kanser Payudara di Singapura

Daftar Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968 ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun. Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Bilangan Kematian Di Kalangan Wanita Akibat Kanser
Jenis Kanser

1994
1995
1998
Payudara

260
320
339
Paru-paru

244
254
272
Serviks

165
142
177
Usus besar

128
164
149
Leukemia

128
142
139
Perut

99
105
103
Hati

98
102
106
Ovari

88
95
102

Nota: hanya 1/3 daripada semua kematian di Malaysia disahkan 

Punca: Vital Statistics Malaysia
Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)

Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di  Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada  2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.


Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.

Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin. 

Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).

credit : http://www.radiologymalaysia.org

10 Mitos Berkaitan Kanser/Barah Payudara


Kanser/Barah, merupakan mimpi ngeri yang paling teruk bagi kebanyakan orang. Sebahagiannya kerana masih terdapat kekeliruan mengenai penyakit ini. Sehingga kini, punca kanser masih tidak ditemui, walaupun kita tahu beberapa faktor iaitu genetik dan gaya hidup boleh meningkatkan risiko seseorang yang terjejas oleh penyakit ini. Manakala kita digambari dengan misteri yang menyelubungi kanser secara beransur-ansur maju mitos tentang penyakit maut. 



Kita memang sedia maklum mengenai  kanser payudara, pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia. Mari kita memecahkan beberapa mitos mengenai kanser payudara dan cuba untuk memberikan penjelasan logik berkaitan kanser/barah. 

1. Hanya WANITA boleh menghidap kanser payudara 

Walaupun wanita adalah 100 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding lelaki, ia tidak bermakna lelaki tidak terdedah kepada kanser payudara. Di Malaysia, dilaporkan 56 kes pada 2002 dan 24 kes pada 2003 melibatkan lelaki menghidap kanser payudara. Angka itu semakin meningkat, dan adalah dinasihatkan untuk lelaki yang keluarganya mempunyai sejarah kanser payudara untuk mendapatkan saringan kanser payudara biasa apabila mereka mencecah umur 20-an. 

2. Memakai coli underwired boleh meningkatkan risiko kanser payudara 

Terdapat dakwaan bahawa underwire dalam coli boleh menekan sistem limfa dalam dada wanita dan menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya membawa kepada kanser payudara. Walau bagaimanapun, kajian saintifik telah membuktikan bahawa apa-apa jenis dan kesesakan coli tidak meningkatkan risiko kanser payudara. 


3. Hanya wanita yang berumur 40 tahun ke atas boleh menghidap kanser 

Wanita berusia 20-an, mereka juga berisiko menghidap kanser payudara, walaupun kemungkinan langsing daripada wanita dalam 40-an. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk wanita berusia 20-an mula menjalankan Pemeriksaan Sendiri Payudara bulanan (BSE) dan 3 tahun sekali peperiksaan payudara klinikal. Pada sebarang usia, jika anda mendapati sebarang ketulan pada payudara anda, ia telah diperiksa dan disahkan dengan serta-merta. 

4. Penggunaan deodoran antiperspirant mencetuskan kanser 

Banyak cerita-cerita mengatakan bahawa jika anda terluka semasa mencukur kawasan ketiak, dan kemudian memakai deodoran antiperspirant di atasnya - 'parabens' (kimia pengawet yang digunakan dalam deodoran yang paling antiperspirant) di dalamnya boleh masuk ke dalam badan anda dan menyebabkan kanser payudara. Satu kajian mendedahkan bahawa kesan parabens telah ditemui dalam sampel tumor payudara, tetapi menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk mencari kaitan langsung antara parabens dan kanser payudara. 

5. Wanita dengan payudara kecil mempunyai risiko yang sangat kecil yang terjejas oleh kanser payudara 

Sememangnya ada kaitan antara saiz payudara dan risiko kanser payudara. Semua wanita, tanpa mengira saiz, perlu menjalankan pemeriksaan yang kerap ke atas payudara mereka bagi mengesan tanda awal kanser payudara. 

6. Kanser payudara tidak boleh diubati 

Seperti kanser/barah lain, jika kanser payudara lebih awal dapat dikesan, maka lebih tinggi peluang untuk ia boleh dirawat. Malah, 98% daripada pesakit kanser payudara yang mendapat pengesanan awal terselamat selama sekurang-kurangnya lima tahun. Jika anda sedang bergelut dari kanser payudara sekarang, lihat di sekeliling anda, pergi ke dalam talian internet dan tahu bahawa terdapat ramai telah terselamat penyakit ini. Anda juga boleh menjadi salah seorang daripada mereka. 

7. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat tidak akan mendapat kanser 

Merokok dan pengambilan alkohol berat adalah beberapa faktor gaya hidup yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payudara. Walau bagaimanapun, hidup sihat tidak bermakna kita tidak akan menghidap kanser. Seperti yang diketahui, faktor-faktor lain seperti genetik memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payudara. Dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko kanser payudara anda, tetapi sentiasa berhati-hati untuk memeriksa payudara anda dengan kerap dan berjumpalah dengan doktor jika sesuatu kealianan dikesan. 

8. Jika saya mendapati ketulan di dada saya, ia bermakna saya mempunyai kanser payudara 

Kebanyakan ketulan bukanlah kanser, ia adalah keadaan payudara benigna. Walau bagaimanapun, anda perlu untuk mengesan mana-mana ketulan yang ditemui pada buah dada anda diperiksa untuk mengesan jika ketulan tersebut adalah ketulan pra-kanser. Sebaliknya, kadang-kadang tiada ketulan ditemui di payudara pesakit kanser awal. Ini adalah sebab mengapa kita semua perlu sedar bengkak payudara, penarikan kedalam puting dan apa-apa yang keluar dari payudara selain daripada susu, itu juga boleh menandakan gejala kanser payudara. 

9. Implan payudara meningkatkan risiko kanser 

Selama ini, ramai yang percaya bahawa implan payudara dengan ketara meningkatkan risiko kanser payudara, tetapi penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kaitan itu tidak wujud. Onkologi Stephen Brincat menyatakan bahawa hubungan antara kedua-dua adalah 'sangat rendah', walaupun implan payudara boleh meningkatkan risiko anaplastic limfoma sel besar (ALCL) - kanser yang jarang berlaku yang mengganggu sistem imun. 

10. Kafein menyebabkan kanser payudara 

Kafein sebenarnya boleh mengurangkan risiko kanser payudara walaupun tanggapan itu masih memerlukan kajian susulan untuk mengesahkannya. Penyelidik telah mendapati tiada kaitan sebab akibat antara risiko kanser payudara dan kafein, dan tiada bukti saintifik boleh menjelaskan kaitan antara minum kopi dan kesakitan payudara.

Semoga informasi ini memberi manfaat yang baik kepada semua wanita di luar sana. Ketahuilah dirimu amat berharga. Jangan lupa jadi folllower blog ini, dan sponsor blog ini.

Kanser Prostat - Punca & Tanda-Tanda



Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.
Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.
Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak  di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi  bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh.
Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaimana juga manusia.Atas alasan inilah,pembesaran kelenjar prostat  kadang-kadang boleh menjadi sangat merbahaya.Contoh pembesaran yang tidak merbahaya seperti Benign Prostatic Hyperplasia (BPH),ianya bukanlah tergolong sebagai kanser dan biasanya tidak membahayakan jiwa.Ianya boleh dibuang dan biasanya tidak akan tumbuh kembali.Walaubagaimanapun,bagi kanser prostat,sel-sel kanser tersebut boleh menjadi ancaman.Aapabila dibuang,ianya boleh tumbuh kembali dan akan membentuk pula kanser yang lain. Sel-sel pada kanser prostat boleh merebak ke bahagian lain dari tubuh dan menyebabkan kanser. Sebagai contoh, kanser sel-sel di dalam kelenjar prostat boleh bocor keluar dan menyebabkan kanser dalam usus besar.
Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat
Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser prostat biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.
Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser prostat:
  • Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45.

  • Sejarah keluarga: Risiko anda  lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
  • Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit  putih atau Hispanik / Latino.
  • Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
  • Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser prostat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat  tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser prostat tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.
Para penyelidik juga mempelajari bagaimana kanser prostat boleh dicegah. Misalnya, mereka sedang mengkaji kemungkinan manfaat ubat-ubatan tertentu, vitamin E, selenium, teh hijau ekstrak, dan zat yang lain.Kajian ini dilakukan bersama individu lelaki yang belum mempunyai penyakit ini.
Tanda dan Gejala Kanser Prostat
Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser prostat diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:
1. Masalah kencing
  • Tidak boleh buang air kecil
  • Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
  • Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
  • Aliran air kencing menjadi lemah
  • Rasa sakit ketika kencing
2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi
3. Darah dalam urin atau air mani
4. Sering sakit di bawah punggung,pinggang, atau bahagian atas paha
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.
Perubatan Kanser Prostat
Perubatan kanser prostat bergantung pada usia, tahap kanser , gejala, dan kesihatan umum. Pilihan rawatan boleh meliputi surveilans aktif , pembedahan, terapi radiasi, terapi hormon, dan kemoterapi. Kemungkinan juga kombinasi rawatan di atas akan dilakukan.
Adalah penting bahawa anda bekerjasama dengan doktor anda dalam memastikan rawatan yang diambil benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan perubatan dan peribadi anda.

Kanser Usus- Tanda-Tanda & Gejala.

JANGAN ambil mudah jika pernah berdepan situasi ini  darah keluar dari dubur ketika buang air besar.

Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar.
Lebih membimbangkan jika petanda itu turut disertai perubahan tabiat ke tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan berasa tidak selesa.
Seperti yang pernah dipaparkan dalam rancangan Medik TV episod 14, tiada jalan pintas untuk bebas daripada belenggu petanda seperti itu, melainkan membuat pemeriksaan doktor dan menjalani pembedahan.
Jika terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau berdepan risiko sukar disembuhkan.
Pakar Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid colon.
Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes membabitkan bahagian berkenaan.
“Selebihnya boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembedahan, terutama membabitkan kanser usus besar.
Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.
Katanya, penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah menghidap kanser.
“Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berisiko perlu membuat kolonoskopi screening (pemeriksaan bahagian dalaman seluruh kolon dan rektum menggunakan alat bercahaya fibre optik mudah lentur yang dimasukkan melalui dubur) sebulan sekali.
“Pemeriksaan itu dapat mengesan ketumbuhan pada usus besar dan berkeupayaan membuang polip,” katanya.
Ballan berkata, golongan berisiko menghidap penyakit itu digalakkan tidak memakan makanan berkarbohidrat tinggi, sebaliknya memperbanyakkan makanan serat.
Dalam episod 14 tersebut, seorang pesakit kanser usus besar berusia awal 50-an bertindak bijak apabila melakukan pemeriksaan selepas menyedari ada yang tidak kena pada dirinya.
Pesakit yang enggan dikenali itu berdepan petanda kanser usus besar dan pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidapnya, tetapi masih di peringkat awal.
Ballan berkata, jika kanser berjaya dikesan di peringkat awal, bentuk rawatan paling sesuai adalah pembedahan.
Katanya, selain kolonoskopi, pesakit perlu melalui pemeriksaanechocardiogram sebelum menjalani pembedahan.
“Tujuan pemeriksaan ini untuk mengesan keadaan jantung pesakit.
“Kebiasaannya, ujian ini disarankan oleh pakar sebelum atau selepas pembedahan dan hasil ujian dihantar kepada doktor terbabit (dengan pembedahan),” katanya.
Selepas pesakit menjalani dua pemeriksaan itu, pakar bius akan memainkan fungsi dalam membantu mengurangkan kesakitan pesakit selepas sedar daripada pembedahan.
Sebelum pembedahan dimulakan, insisi dibuat pada perut pesakit selepas kedudukan kanser di usus dikesan bagi memudahkan doktor mengeluarkan usus berkenaan.
Jika ketumbuhan pada kiri atau kanan usus, insisi melintang dilakukan tetapi jika ketumbuhan pada usus sebelah atas, insisi dilakukan dalam keadaan menegak.
Buang
Ballan berkata, pesakit dirawatnya dikesan ada ketumbuhan pada usus besar sebelah kiri dengan kedudukannya di bahagian hujung.
Katanya, sebahagian usus besar pada bahagian ini dibuang dan disambungkan semula.
“Usus besar dikeluarkan daripada perut supaya mudah diasingkan, manakala salur darah pada usus diikat dan diasingkan dengan teliti bagi mengelak kehilangan banyak darah.
“Lemak yang melekat pada usus besar perlu diasingkan, tetapi tidak perlu dibuang kerana ia berfungsi sebagai penebat usus,” katanya.
Untuk peringkat seterusnya, ketumbuhan dari usus akan dikeluarkan dan sel kanser yang terlekat di bahagian hujung akan dibersihkan.
Sejenis alat dikenali alat ditomi digunakan dan ia berfungsi sebagai alat pemotongan menggunakan arus elektrik yang mampu mengurangkan kerosakan pada salur darah serta masalah pendarahan.
Selepas itu, bahagian usus besar yang hendak disambung semula dibersihkan dan proses penyambungan dilakukan menggunakan sejenis alatan canggih, “stapler usus”.
Ballan berkata, penggunaan stapler ini menggantikan kaedah jahitan dan ia lebih efisien, mudah dan cepat.
“Alat ini juga mampu mengurangkan risiko kebocoran pada usus selepas penyambungan,” katanya.
Justeru, mana-mana pesakit kanser usus besar yang takut menjalani pembedahan kerana beranggapan rutin harian mereka dibelenggu dengan kolostomi, iaitu beg yang dilekat pada bahagian luar badan, tidak perlu bimbang lagi.
Ini kerana, dengan penggunaan stapler ini, kolostomi tidak perlu digunakan lagi, malah penggunaannya hanya tiga peratus dan bersifat sementara.
Apabila selesai proses penyambungan itu, insisi di bahagian perut pesakit terbabit dijahit semula, manakala spesimen yang dikeluarkan akan dibawa ke makmal untuk ujian biopsy.