Kanser Buah Pinggang

Kehadiran kanser buah pinggang jarang disedari. Apabila sudah sampai ke peringkat serius iaitu kanser berada di peringkat keempat barulah ia berjaya dikesan.

Keadaan ini mungkin disebabkan kanser buah pinggang tidak begitu 'menyerlah' seperti kanser payudara yang sering mendapat perhatian ramai hingga menyebabkan ada individu yang tidak begitu mengendahkan penyakit itu.

Disebabkan kurang mengambil berat mengenai tahap kesihatan diri, kebanyakan pesakit hanya berserah dan tidak melakukan pemeriksaan lanjutan bagi mengawal penularan sel barah berkenaan.

Perunding Onkologi Klinikal, Pusat Perubatan Antarabangsa Wijaya, Datuk Dr Mohd Ibrahim A Wahid, berkata walaupun kanser itu nampak tidak gah di mata umum, ia perlu dipandang serius kerana ia tetap membahayakan nyawa penghidapnya.

Menurutnya, kanser buah pinggang peringkat serius itu juga dikenali sebagai sel renal karsinoma (RCC).

Antara petanda yang menunjukkan individu berkenaan mengalami RCC ialah kencing berdarah (hematuria), sakit pada bahagian rusuk, sakit belakang, terdapat ketulan pada bahagian rusuk dan abdomen, hilang selera makan, berat badan menurun, demam, kelesuan melampau serta tekanan darah meningkat.

Bagaimanapun, katanya, di Malaysia kadar penghidap RCC masih rendah, tetapi ia tetap perlu ditangani secara serius dan menyeluruh.

Ini kerana ia boleh dikatakan sejenis kanser buah pinggang yang paling biasa ditangani iaitu 85 peratus daripada kes yang dilaporkan menyerang golongan lelaki dewasa.

"Tapi ia tidak bermakna wanita tidak akan mengalaminya, cuma kebanyakan kes dilaporkan membabitkan golongan lelaki berusia 60 tahun hingga 70 tahun.

"Paling penting jangan hanya melihat pada angka yang dilaporkan kerana ia boleh menjadi lebih tinggi berdasarkan kes yang tidak dilaporkan akibat kurangnya kesedaran mengenai cara rawatannya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dianggarkan 100,000 pesakit meninggal dunia akibat menghidap RCC di seluruh dunia saban tahun. Ia antara tujuh kanser yang biasa menyerang serta penyebab berkaitan kanser yang mengakibatkan kematian di kalangan lelaki di seluruh dunia.

Dr Mohd Ibrahim berkata, pembedahan adalah rawatan paling biasa dilakukan bagi kanser buah pinggang. Lazimnya, pakar bedah akan mengeluarkan keseluruhan buah pinggang bersama-sama dengan kelenjar adrenal dan tisu di sekeliling buah pinggang.

Ia bertujuan untuk mengelakkan kanser yang dihidapi kembali menyerang, tetapi ia tetap tidak dapat menjamin keberkesanan proses itu kerana 33 peratus pesakit akan menghidap kembali kanser berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, proses pembedahan hanya dilakukan untuk pesakit yang menghidap kanser buah pinggang untuk tahap satu hingga tiga saja.

"Untuk mereka yang menghidap RCC, ia memerlukan bentuk rawatan lain selain daripada pembedahan. "Ini kerana sel barah yang dihidapi sudah merebak kepada organ lain dalam badan dan ia boleh membahayakan diri sekiranya melakukan pembedahan.

"Apa yang diperlukan adalah cara untuk mengekang penularan sel barah berkenaan dan memperlahankan perkembangan sel barah daripada merebak kepada organ lain dalam badan," katanya.

Di samping itu, katanya, dalam senario pesakit tempatan masyarakat Cina lebih ramai menghidap kanser ini berbanding Melayu dan India. Tidak dapat dipastikan punca ia berlaku kerana penyebab kehadiran kanser ini tidak bergantung kepada bangsa seseorang.

"Saya tidak dapat memastikan dengan tepat kenapa kaum Cina lebih terdedah kepada RCC kerana faktor penyebab berlakunya kanser adalah sama bagi semua golongan.

"Kebiasaannya mereka yang mempunyai tabiat suka merokok, mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kegemukan, tekanan darah tinggi serta menghidap penyakit buah pinggang adalah golongan paling terdedah kepada kemungkinan mendapat RCC," katanya.

Bagaimanapun, kini terdapat sinar harapan baru kepada RCC dalam usaha mencari rawatan pilihan terbaik yang boleh dijalankan selain berhadapan dengan pembedahan.

Syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia misalnya, cuba mengetengahkan bentuk rawatan terbaru untuk penghidap RCC menggunakan Torisel (temsirolimus).

Penggunaan ubatan ini bagaimanapun mempunyai kesan sampingan terhadap penggunanya antaranya ruam, keletihan, sakit mulut, mual, bengkak badan, kurang selera makan, kenaikan tekanan gula dalam darah serta kolesterol tinggi.

Sementara itu, menurut Perunding Perubatan Onkologi, Pusat Perubatan Sunway dan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Christina Ng Van Tze, berkata ia antara pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit bagi merawat RCC.

"Bukan bermakna penggunaan ubatan ini dapat menyembuhkan RCC, tetapi peluang untuk memperlahankan perkembangan sel barah berkenaan amat tinggi.

"Ini memberi peluang kepada pesakit mengurangkan kesakitan yang dialami dan hidup lebih bermakna tanpa perlu bersikap tunggu dan lihat. Mereka juga diharapkan dapat menjalani kehidupan secara lebih positif," katanya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete
  2. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring



    ReplyDelete