Tentang Kanser

KANSER - PEMBUNUH SENYAP

Kanser menyebabkan 7.6 juta kematian di seluruh dunia.

Juga penyebab kematian utama di seluruh dunia (13% dari punca kematian.)

Jenis kanser utama dan kadar kematian setiap tahun.

Kanser Paru-Paru       
 1.3 juta orang       
Kanser Perut               
803,000 orang
Kanser Usus                
639,000 orang
Kanser Hati                 
610,000 orang
Kanser Payudara        
519,000 orang

Apakah Kanser?



Sel kanser adalah sel abnormal yang mengalami gandaan atau pertumbuhan yang berlaku secara tidak terkawal dan melampau dalam tubuh badan manusia dan membentuk tumor.



Proses Metastasis

Proses Metastasis melibatkan sel-sel kanser akan memasuki sel-sel darah termasuk saluran limfa. Tumor ini akan menjelalajah ke organ-organ dalam tubuh dan seterusnya mengambil alih fungsi dan tugas sel-sel biasa serta membunuh tisu-tisu.

Jenis-Jenis Kanser


KANSER PAYUDARA

Apa Itu Kanser Payudara?













Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

  • Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang.
  • Tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal.
  • Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai "peau d'orange".
  • Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk.
  • Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung.
  • Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal.
  • Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura

Peringkat Kanser Payudara

  • Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
  • Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
  • Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
  • Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

KANSER PARU- PARU

Pengenalan
















Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal di sebelah atau kedua-dua belah paru-paru. Rokok merupakan satu-satunya punca yang sering dikaitkan dengan kanser ini.

Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi. Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi.

Punca Barah Paru-paru

Menurut kajian tabiat MEROKOK merupakan salah satu punca terjadinya barah paru-paru. Kebanyakkan pesakit barah paru-paru adalah dari penghisap rokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan pendedahan pada bahan kimia juga turut meyumbang dalam penyakit barah paru-paru ini. Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca barah paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu.

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok berpotensi terdedah kepada ;
  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut
  • 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
  • 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
  • 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.

Simptom Barah Paru-paru

Tanda-tanda awal yang menunjukan seseorang itu berkemungkinan akan menghidap penyakit barah paru-paru ialah:-
  • Batuk berdarah
  • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
  • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
  • Suara menjadi kasar
  • badan menjadi lesu dan susut berat badan
  • sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang