Kanser Mata Kanak-Kanak (Retinoblastoma)

Retinoblastoma adalah kanser mata kanak-kanak yang boleh berlaku pada bila-bila masa bermula dari dalam kandungan (biasanya ketika lahir) hinggalah berumur lapan tahun. 

Ia adalah kanser malignan pada retina mata. Kanser malignan bermakna ia berbahaya dan boleh merebak sama ada ke mata sebelah lagi atau ke organ badan yang lain.

Kanser mata ini boleh berlaku pada sebelah atau menyerang kedua-dua belah mata. 

Sehingga kini punca sebenar retinoblastoma tidak diketahui dengan tepat kerana ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan faktor keturunan.

Retinoblastoma boleh dianggap kanser yang jarang berlaku dan di seluruh dunia kadar kelaziman kanser ini hanyalah tiga peratus daripada jumlah semua jenis kanser kanak-kanak. 

Kanser ini bermula di retina iaitu bahagian mata yang sensitif pada cahaya dan membolehkan kita melihat.

Apabila ia berlaku pada sebelah mata, ia dipanggil retinoblastoma unilateral dan jika membabitkan kedua-dua belah mata, ia dinamakan retinoblastoma bilateral. 

Hampir 60 peratus kes retinoblastoma menyerang sebelah mata dan kajian mendapati lebih 90 peratus kes di dapati tidak mempunyai sejarah keluarga pernah mengalami penyakit ini.

Apa gejala atau tanda retinoblastoma?

Gejala yang mungkin boleh dialami pesakit kanak-kanak ialah:

· Juling
· Penglihatan terganggu
· Mata menjadi merah
· Mata berair
· Ada silau berwarna keputihan pada mata hitam; yang boleh dilihat dalam cahaya malap

Semua gejala yang disenaraikan di atas biasanya berlarutan melebihi sebulan. Bagaimanapun ada juga kes di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala. 

Dalam sesetengah kes, ibu bapa mendapati perubahan pada mata hitam anak yang menjadi putih dan tidak hitam seperti biasa. 

Dalam kes lain ibu bapa hanya menyedari perubahan pada mata anak mereka melalui gambar iaitu mata hitam kelihatan putih atau berkilau.

Retinoblastoma adalah penyakit yang berbahaya dan pesakit berisiko kehilangan penglihatan jika tidak dirawat segera. 

Malah sel kanser dari retina ini boleh merebak ke organ badan yang lain seperti soket mata dan otak melalui saraf optik.

Apa rawatan untuk kanser mata?

Rawatan bergantung kepada tahap perkembangan kanser. Jika ia dikesan pada peringkat awal pesakit boleh diberikan rawatan cryotherapy tetapi jika sel kanser sudah agak besar, biji mata terpaksa dibedah dan dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Dalam kebanyakan kes, kanser mata dapat dirawat dan disembuhkan. Bagaimanapun rawatan ini mungkin agresif dan doktor perlu mengeluarkan mata yang diserang. Namun pesakit masih boleh melihat dengan mata yang sihat dan untuk tujuan kosmetik, mereka boleh memakai mata palsu.

Apa pengalaman doktor merawat kes kanser mata?

Kes pertama: Kanak-kanak berumur lima tahun. Selepas pengesahan kanak-kanak ini menghidap retinoblastoma, pakar mata menasihatkan ibu bapa supaya anak menjalani pembedahan tetapi malangnya mereka tidak bersetuju. Sebaliknya mereka membawa anak mendapatkan rawatan tradisional.

Selepas enam bulan mereka datang balik berjumpa pakar mata. Tetapi keadaan pesakit sangat menyedihkan kerana dia menjadi kurus kering dan matanya tertonjol keluar. Lebih malang, kanak-kanak itu sudah buta dan matanya terasa sangat sakit. Dua minggu kemudian, pesakit meninggal dunia.

Kes kedua: Kanak-kanak menjadi juling disebabkan kanser mata tetapi ibu bapanya masih tidak membawa anak berjumpa pakar mata. 

Selepas beberapa bulan, apabila keadaan menjadi semakin teruk barulah mereka datang ke hospital tetapi ketika itu sudah terlambat kerana mata pesakit tidak dapat diselamatkan lagi. Pesakit menjadi buta.

Nasihat doktor: Jika ibu bapa mengesan sebarang perubahan pada mata anak, segera bawa anak berjumpa pakar mata. 

Jangan tunggu hingga gejala melarat dan mengganggu penglihatan anak. Banyakkan berdoa untuk kesihatan anak dan bersyukur apabila anak sihat walaupun mereka mungkin nakal sedikit.

Sumber: www.hmetro.com.my

2 comments:

  1. Candrol Protocol developed by Dr. Rishi Sharma emerged as the 4th modality
    of cancer treatment. Doctors use the Candrol protocol along with other cancer treatment
    methods for better results. Also, Candrol protocol is known to provide a side effect free
    treatment.

    ReplyDelete
  2. ▪Puan Noraini Yusof pesakit kanser payudara tahap 3 ketulan kanser 13.3 cm
    Skg sudah sembuh sepenuhnya dan nanti boleh layari you tube lihat puan Noraini yusof bercerita atau banyak lagi pesakit2 yang lain


    ▪Adik Izzat b.Muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dah sembuh.
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dgn jus herba yg memberi tenaga sekaligus merawat.Dia mengambil jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ▪Kanser Limforma B - cel tahap 4
    En Shahrizal bin Taib, 41 tahun, disahkan kanser Limforma Tahap 4 pada bulan 10 ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada bulan February 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia dpt sokongan moral daripada keluarga dan rakan -rakan sepanjang rawatan. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi tetapi badan terasa bertenaga, kuat dan selera makan ada seperti biasa mcm orang x sihat. Dia pernah ambil air tulang belakang 8kali dan bone marrow 2kali. Sekarang ni dah sembuh dan temujanji hospital pergi mcm biasa tapi jus herba Jutawan tak pernah tinggal, minum hari-hari.



    ▪️Pesakit radang paru-paru Copd.

    En. Abd Kadir bin Sumardi,42 tahun,dia disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Dia mendapatkn rawatan klinik kerajaan dan swasta tp batuk tetap tak sembuh. Selain itu sukar bernafas dan dada terasa sakit.
    Banyak rawatan alternatif yg diambil tapi tak berkesan. Rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor mengesahkan dia mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Dgn bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna yang lain di facebook Jutawan Herbs, dia menghubungi sy untuk mencuba herba ini. Alhamdulillah dlm masa 2 minggu minum jus dah ada kesan.Batuk makin berkurang, nafas makin lancar ,dia minum 2 jenis jus selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus sembuh. Penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi sehingga kini dia makin sihat dan terus minum jus sampai sekarang.

    ▪Sakit lutut kronik.

    Puan Rohana binti Ismail dulunya seorang cergas dan aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung-gunung di Malaysia termasuk lah gunung kinabalu. Dia ceritakan pada sy masalah lututnya yg bengkak dan dah lama menahan sakit. Dia terpaksa lupakan semua aktiviti lasak. Turun naik tangga mengiring dan berjalan pn perlahan. Sy syorkan dia cuba minum herba dan dia minum dlm masa 2 minggu, lututnya yang bengkak dah surut. Aktiviti lasak pun dia dh boleh buat,dengan berjoging ,naik bukit 8km jauhnya, lutut dah kuat. Kalau dia boleh sembuh,kenapa tidak anda?, boleh juga bertanya sendiri testimoni² saya jika anda ada dalam group whatsApp Jutawan Herbs.

    ▪️Puan Rasmani Binti Md Noh pesakit lutut kronik, dia bercerita pada sy yg dia terpaksa berjalan mengesot - esot atas lantai dan kalau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi, tulang bergesel, sgt sakit.Nak masak pun terpaksa duduk atas kerusi sbb tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari minum jus herba, dia hubungi sy dan beritahu dia dah boleh berjalan macam biasa dan saraf kaki dah tak rasa tegang dan sakit. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.



    Sekiranya anda berminat nak tahu lebih banyak testimoni daripada pesakit yang sudah sembuh selepas mengambil jus ini, anda boleh menonton video-video di Youtube channel Jutawan Herbs , di blog Jutawan Herbs dan kami pun ada group whatsApp pesakit kanser, untuk berkongsi pengalaman dan rawatan.

    Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

    En Mohd Zuhairi 017-4687570
    Pengasas Jutawan Herbs

    ReplyDelete