RACUN DALAM ASAP ROKOK
MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT
Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit
MEROKOK SECARA PASIF
Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :
KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF
PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT
Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
| ||||||||||||||||||||||||
KANSER PARU-PARU
MENGENAI KANSER
Anak-anak yang lahir tahun 1985, diperkirakan sepertiganya akan pernah menderita kanser, dan kira-kira seperempatnya akan meninggal karena kanser. Kita semua memiliki keluarga atau teman yang mengidap kanser. Jadual berikut memaparkan jumlah pengidap kanser di US tahun 1993.
Kanser pembunuh terbesar, iaitu kanser paru-paru, membunuh hampir 90% penderitanya, atau hampir 30% dari seluruh kematian akibat kanser. Namun sesungguhnya kanser paru-parulah yang paling mudah dicegah. Penyelidikan dalam beberapa dekad menunjukkan bahawa satu-satunya penyebab utama kanser paru-paru adalah asap rokok.
KARSINOGEN
Zat-zat karsinogen (pemicu kanser) yang terkandung pada rokok adalah:
Satu-satunya zat yang lebih berbahaya daripada asap rokok dalam memicu kanser paru-paru adalah zat-zat radioaktif. Itu pun jika dimakan atau dihidap dalam kadar yang cukup.
KESAN KANSER PARU-PARU
Kematian umumnya bukan terjadi karena kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh membesarnya kanser, tetapi karena posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan kanser mudah menyebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian kritis lainnya lah yang mengakibatkan kematian itu. 90% penderita meninggal dalam 3 tahun setelah diagnosis. |
Risiko Kanser Akibat Merokok
Bagaimana Anda Tahu Anda Mempunyai Kanser Payudara?
Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.
Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara.
Payudara
Perhatikan bahawa payudara kanan (disebelah kiri dalam gambar ini ) kelihatan lebih besar daripada yang kiri, mempunyai rupa bentuk yang berbeza dan mengandungi satu ketumbuhan di bahagian atas payudara kanan. Puting kelihatan menurun jika dibanding dengan yang kiri.
|
Puting
Payudara kiri (disebelah kanan gambar ini ) menunjukkan puting tertarik ke dalam jika dibandingkan dengan payudara kanan. Terdapat juga kemerahan kulit ditepi puting kiri.
|
Lengan
Rasa Sakit
|
Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia
Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.
Disepanjang hayat, seorang wanita akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.
Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).
Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.
Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.
|
Kanser Paru-Paru
KANSER paru-paru merupakan pembunuh utama di dunia yang menyebabkan lebih banyak kematian jika dibandingkan dengan gabungan jumlah kematian disebabkan kanser payu dara dan kanser prostat.
Menurut Laporan Pendaftar Kanser Negara 2006, kanser paru-paru adalah kanser kedua paling kerap berlaku di kalangan lelaki di Malaysia.
Sungguhpun merokok adalah faktor risiko utama bagi kanser paru-paru, namun ia bukanlah satu-satunya punca penyakit tersebut.
Penyedutan asap rokok secara pasif kini diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru. Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10 peratus hingga 15 peratus pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok.
Peratusan orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi di kalangan pesakit kanser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi di kalangan wanita Asia. Di Malaysia, kira-kita 60 peratus wanita yang menghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok.
Menurut pakar onkologi, Dr. Albert Lim, kanser paru-paru sukar didiagnosis kerana sesetengah daripada gejalanya adalah sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, kehilangan berat badan, kehilangan selera makan atau sesak nafas.
"Pesakit yang mengalami gejala atau simptom seperti berikut hendaklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.
"Diagnosis dan rawatan awal boleh membawa perbezaan besar dalam cara pesakit kanser dan keluarga mereka mengurus dalam mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kaedah rawatan yang baru," katanya.
Tambahnya, seramai 1.2 juta pesakit baru kanser paru-paru setiap tahun dan 4,000 daripadanya adalah dari Malaysia. Kebanyakannya hanya dapat dikesan apabila berada di peringkat akhir dan sukar untuk diselamatkan.
"Kaedah rawatan yang ada untuk pesakit kanser paru-paru ialah pembedahan, kemoterapi dan terapi sasaran, namun kaedah ini digunakan bergantung kepada keadaan atau tahap keseriusan seseorang pesakit dan jenis kanser paru-paru yang dihidapi," ujarnya.
Kini, pesakit kanser paru-paru dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan ubat kanser paru-paru keluaran AstraZeneca, IRESSA (gefitinib) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia sebagai rawatan baris pertama bagi pesakit dewasa yang disahkan menghidap kanser paru-paru peringkat lanjutan atau kanser paru-paru bukan sel kecil metastasis (NSCLC) yang mengalami mutasi aktif (EGFR TK)
Gefitinib bertindak dengan menyekat satu daripada laluan isyarat yang dipercayai penting untuk sel kanser membesar dan menjadi (mutasi) tumor. Laluan isyarat tersebut membabitkan bahan kimia yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang melekat pada penerima di permukaan banyak sel dalam badan manusia.
"Kanser paru-paru menjejaskan kualiti hidup seseorang tetapi dengan gefitinib, ia mampu mengesan sel kanser secara khusus tanpa menjejaskan sel normal jika dibandingkan dengan kemoterapi yang menjejaskan fungsi organ lain.
"Kesan sampingannya jauh berkurangan berbanding rawatan kimoterapi biasa yang tidak mampu membezakan antara sel kanser dan sel normal," jelasnya.
Dengan gefitinib, pesakit kanser paru-paru boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan bebas melakukan aktiviti tertentu yang tidak dapat dilakukan apabila mereka menjalani rawatan kemoterapi.
Dalam kes tumor biasa, enzim tirosina kinase (TK) diaktifkan secara berlebihan oleh EGFR. Gefitinib dicipta untuk menyasarkan sel kanser dan menyekat pengaktifan TK, 'mematikan' isyarat pertumbuhan dalam sel secara berkesan. Dengan itu sel normal tidak terjejas.
"Ujian klinikal menunjukkan gefitinib jauh lebih berkesan berbanding kemoterapi berganda kerana ia mampu menstabilkan kanser. Ini bermakna tiada pertambahan sel kanser, tumor mengecut dan rawatan diterima dengan lebih baik.
"Kelangsungan hidup tanpa penularan kanser adalah lebih lama bagi pesakit yang dirawat dengan gefitinib berbanding pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi berganda," jelasnya.
Kini, pesakit kanser paru-paru mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan pertama yang boleh memberikan kelegaan bukan sahaja daripada kesan penularan kanser dan toksik kemoterapi, tetapi berupaya menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan hanya mengambil 250 miligram sekali sehari tanpa rawatan menyakitkan.
Anda juga disyorkan menggunakan rawatan alternatif.Kanser Payudara – Fakta & Statistik
Pandangan menyeluruhHampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.
Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.
Pada 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun.
Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat.
Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)
Dipersembahkan dalam bentuk lain:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.
Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanser Payudara di Singapura | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Punca: Vital Statistics Malaysia
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)
Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.
Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.
Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.
Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).
|
credit : http://www.radiologymalaysia.org
10 Mitos Berkaitan Kanser/Barah Payudara
Kanser/Barah, merupakan mimpi ngeri yang paling teruk bagi kebanyakan orang. Sebahagiannya kerana masih terdapat kekeliruan mengenai penyakit ini. Sehingga kini, punca kanser masih tidak ditemui, walaupun kita tahu beberapa faktor iaitu genetik dan gaya hidup boleh meningkatkan risiko seseorang yang terjejas oleh penyakit ini. Manakala kita digambari dengan misteri yang menyelubungi kanser secara beransur-ansur maju mitos tentang penyakit maut.
Kita memang sedia maklum mengenai kanser payudara, pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia. Mari kita memecahkan beberapa mitos mengenai kanser payudara dan cuba untuk memberikan penjelasan logik berkaitan kanser/barah.
1. Hanya WANITA boleh menghidap kanser payudara
Walaupun wanita adalah 100 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding lelaki, ia tidak bermakna lelaki tidak terdedah kepada kanser payudara. Di Malaysia, dilaporkan 56 kes pada 2002 dan 24 kes pada 2003 melibatkan lelaki menghidap kanser payudara. Angka itu semakin meningkat, dan adalah dinasihatkan untuk lelaki yang keluarganya mempunyai sejarah kanser payudara untuk mendapatkan saringan kanser payudara biasa apabila mereka mencecah umur 20-an.
2. Memakai coli underwired boleh meningkatkan risiko kanser payudara
Terdapat dakwaan bahawa underwire dalam coli boleh menekan sistem limfa dalam dada wanita dan menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya membawa kepada kanser payudara. Walau bagaimanapun, kajian saintifik telah membuktikan bahawa apa-apa jenis dan kesesakan coli tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
3. Hanya wanita yang berumur 40 tahun ke atas boleh menghidap kanser
Wanita berusia 20-an, mereka juga berisiko menghidap kanser payudara, walaupun kemungkinan langsing daripada wanita dalam 40-an. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk wanita berusia 20-an mula menjalankan Pemeriksaan Sendiri Payudara bulanan (BSE) dan 3 tahun sekali peperiksaan payudara klinikal. Pada sebarang usia, jika anda mendapati sebarang ketulan pada payudara anda, ia telah diperiksa dan disahkan dengan serta-merta.
4. Penggunaan deodoran antiperspirant mencetuskan kanser
Banyak cerita-cerita mengatakan bahawa jika anda terluka semasa mencukur kawasan ketiak, dan kemudian memakai deodoran antiperspirant di atasnya - 'parabens' (kimia pengawet yang digunakan dalam deodoran yang paling antiperspirant) di dalamnya boleh masuk ke dalam badan anda dan menyebabkan kanser payudara. Satu kajian mendedahkan bahawa kesan parabens telah ditemui dalam sampel tumor payudara, tetapi menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk mencari kaitan langsung antara parabens dan kanser payudara.
5. Wanita dengan payudara kecil mempunyai risiko yang sangat kecil yang terjejas oleh kanser payudara
Sememangnya ada kaitan antara saiz payudara dan risiko kanser payudara. Semua wanita, tanpa mengira saiz, perlu menjalankan pemeriksaan yang kerap ke atas payudara mereka bagi mengesan tanda awal kanser payudara.
6. Kanser payudara tidak boleh diubati
Seperti kanser/barah lain, jika kanser payudara lebih awal dapat dikesan, maka lebih tinggi peluang untuk ia boleh dirawat. Malah, 98% daripada pesakit kanser payudara yang mendapat pengesanan awal terselamat selama sekurang-kurangnya lima tahun. Jika anda sedang bergelut dari kanser payudara sekarang, lihat di sekeliling anda, pergi ke dalam talian internet dan tahu bahawa terdapat ramai telah terselamat penyakit ini. Anda juga boleh menjadi salah seorang daripada mereka.
7. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat tidak akan mendapat kanser
Merokok dan pengambilan alkohol berat adalah beberapa faktor gaya hidup yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payudara. Walau bagaimanapun, hidup sihat tidak bermakna kita tidak akan menghidap kanser. Seperti yang diketahui, faktor-faktor lain seperti genetik memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payudara. Dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko kanser payudara anda, tetapi sentiasa berhati-hati untuk memeriksa payudara anda dengan kerap dan berjumpalah dengan doktor jika sesuatu kealianan dikesan.
8. Jika saya mendapati ketulan di dada saya, ia bermakna saya mempunyai kanser payudara
Kebanyakan ketulan bukanlah kanser, ia adalah keadaan payudara benigna. Walau bagaimanapun, anda perlu untuk mengesan mana-mana ketulan yang ditemui pada buah dada anda diperiksa untuk mengesan jika ketulan tersebut adalah ketulan pra-kanser. Sebaliknya, kadang-kadang tiada ketulan ditemui di payudara pesakit kanser awal. Ini adalah sebab mengapa kita semua perlu sedar bengkak payudara, penarikan kedalam puting dan apa-apa yang keluar dari payudara selain daripada susu, itu juga boleh menandakan gejala kanser payudara.
9. Implan payudara meningkatkan risiko kanser
Selama ini, ramai yang percaya bahawa implan payudara dengan ketara meningkatkan risiko kanser payudara, tetapi penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kaitan itu tidak wujud. Onkologi Stephen Brincat menyatakan bahawa hubungan antara kedua-dua adalah 'sangat rendah', walaupun implan payudara boleh meningkatkan risiko anaplastic limfoma sel besar (ALCL) - kanser yang jarang berlaku yang mengganggu sistem imun.
10. Kafein menyebabkan kanser payudara
Kafein sebenarnya boleh mengurangkan risiko kanser payudara walaupun tanggapan itu masih memerlukan kajian susulan untuk mengesahkannya. Penyelidik telah mendapati tiada kaitan sebab akibat antara risiko kanser payudara dan kafein, dan tiada bukti saintifik boleh menjelaskan kaitan antara minum kopi dan kesakitan payudara.
Semoga informasi ini memberi manfaat yang baik kepada semua wanita di luar sana. Ketahuilah dirimu amat berharga. Jangan lupa jadi folllower blog ini, dan sponsor blog ini.
Kanser Prostat - Punca & Tanda-Tanda
Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.
Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.
Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh.
Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaimana juga manusia.Atas alasan inilah,pembesaran kelenjar prostat kadang-kadang boleh menjadi sangat merbahaya.Contoh pembesaran yang tidak merbahaya seperti Benign Prostatic Hyperplasia (BPH),ianya bukanlah tergolong sebagai kanser dan biasanya tidak membahayakan jiwa.Ianya boleh dibuang dan biasanya tidak akan tumbuh kembali.Walaubagaimanapun,bagi kanser prostat,sel-sel kanser tersebut boleh menjadi ancaman.Aapabila dibuang,ianya boleh tumbuh kembali dan akan membentuk pula kanser yang lain. Sel-sel pada kanser prostat boleh merebak ke bahagian lain dari tubuh dan menyebabkan kanser. Sebagai contoh, kanser sel-sel di dalam kelenjar prostat boleh bocor keluar dan menyebabkan kanser dalam usus besar.
Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat
Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser prostat biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.
Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser prostat:
- Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45.
- Sejarah keluarga: Risiko anda lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
- Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit putih atau Hispanik / Latino.
- Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
- Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser prostat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser prostat tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.
Para penyelidik juga mempelajari bagaimana kanser prostat boleh dicegah. Misalnya, mereka sedang mengkaji kemungkinan manfaat ubat-ubatan tertentu, vitamin E, selenium, teh hijau ekstrak, dan zat yang lain.Kajian ini dilakukan bersama individu lelaki yang belum mempunyai penyakit ini.
Tanda dan Gejala Kanser Prostat
Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser prostat diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:
1. Masalah kencing
- Tidak boleh buang air kecil
- Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
- Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
- Aliran air kencing menjadi lemah
- Rasa sakit ketika kencing
2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi
3. Darah dalam urin atau air mani
4. Sering sakit di bawah punggung,pinggang, atau bahagian atas paha
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.
Perubatan Kanser Prostat
Perubatan kanser prostat bergantung pada usia, tahap kanser , gejala, dan kesihatan umum. Pilihan rawatan boleh meliputi surveilans aktif , pembedahan, terapi radiasi, terapi hormon, dan kemoterapi. Kemungkinan juga kombinasi rawatan di atas akan dilakukan.
Adalah penting bahawa anda bekerjasama dengan doktor anda dalam memastikan rawatan yang diambil benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan perubatan dan peribadi anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)